Monday 2 September 2013

TEMPAHAN DARI DALILAH...

Tempahan berikutnya dari bekas rakan sekerja saya jugak, Dalilah... Dalilah tempah dari saya selepas puasa sebab boleh makan terus katanya... Dalilah order 7 bekas Lapis Cheezy dan 50 pcs Apom Palkadot... Saya tak sempat nak snap gambar untuk tempahan ni memandangkan saya berkejar untuk balik ke Selangor...

Tempahan dari customer dari Johor yang inginkan 400pcs Kulit Tart terpaksa saya tolak dengan cara baik.. Maaf diucapkan kepada beliau dan juga beberapa customer yang saya terpaksa tolak.. Saya sebenarnya dalam kursus selama 6 bulan... Saya berada di Terengganu dan juga Johor sehingga 8.11.2013... Saya dapat penuhi tempahan ni pun sebab sedang bercuti.. Maaf sekali lagi sebab tak dapat penuhi permintaan disebabkan kekangan masa... Harap anda semua faham..

Insyaallah selepas 8.11.2013, Nurairy Bakery akan mengeluarkan pelbagai jenis kek terutamanya untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.. Insyaallah... :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...