Monday 29 April 2013

APOM GEDEBAB...

Tujuan utama saya balik ke Penang adalah untuk menyiapkan tempahan dari Kak Ina..Alhamdulillah siap seperti yang dirancang dengan bantuan dari suami dan mak.. Terima kasih diucapkan..

Antara apom yang telah dihasilkan..kalo anda perasan banyak warna biru kan..ini adalah disebabkan tema warna majlis adalah warna biru..


Setiap apom saya bungkus macam gambar di atas.. :)



Alhamdulillah tempahan dah siap pada 20 April 2013.. Terima kasih Kak Ina untuk tempahan.. Saya jual yer..

TEMPAHAN DARI AFIFAH...

Keesokannya, Afifah mengambil tempahan Carrot Cake... Terima kasih yer adik Afifah atas tempahan anda..



Selepas seminggu, saya bertanyakan Afifah  macam mana kek yang telah ditempahnya.. Begini jawapan Afifah.. 


Anda yang di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk merasa Carrot Cake yang sedap ini.. Apa tunggu lagi.. tempah la daripada saya.. :)


TEMPAHAN PADA 18 APRIL 2013..

Saya balik Penang khas untuk siapkan tempahan dari customer, Kak Ina untuk Majlis Perkahwinan adiknya.. sambil menyelam minum air..sambil-sambil tu saya ambil tempahan dari yang lain jugak..

Tempahan Lapis Cheezy dari Kak Yani dan Dalilah..



Tempahan dari Dalilah..50 pcs Apom Palkadot...




Tempahan seterusnya dari mak tih...50 pcs Apom Palkadot..


Terima kasih semua untuk tempahan.. :)



ITALIAN RAINBOW CAKE...

Italian Rainbow Cake ini plak dibuat khas untuk Hari Jadi adik iparku, Ika...

Tadaaaa.. Kek Birthday Syafiqah...



Ika sedang memotong kek..


Happy Birthday diucapkan kepada Ika.. Semoga berjaya dunia dan akhirat.. :)

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE...

Russian Black & White Cake ni saya buat khas untuk rakan sepejabat untuk hari terakhir saya di SSI.. Sayonara.. Banyak pahit dan manis di situ tapi rasanya lebih banyak pahit dari manis..haha..

Inilah rupanya kek yang telah siap saya edit gambarnya..3 gambar diletakkan menjadi 1..3 in 1 la katakan..hehe


Mereka semua sukakan kek tersebut..macam kek aiskrim katanya..lepas ni boleh buat kek aiskrim la plak..hehe.. I share with you all feedback from one of my officemate..


Untuk rakan-rakan SSI & CMI, thanks for everything..Semoga semuanya diberi kesabaran yang tinggi untuk terus bekerja disitu..Hanya yang bekerja di situ sahaja yang memahaminya kan? All da best..


LAPIS CHEEZY...

Lapis Cheezy yang ditempah oleh rakan sepejabat...


Terima kasih untuk tempahan...

Sunday 28 April 2013

CHOCOLATE MUFFIN...

Tempahan ini dari Cikgu Izzah untuk dijual di sekolahnya... Cikgu Izzah tempah 150pcs Chocolate Muffin yang kiut miut dan minta di'pack' 2 pcs dalam satu plastik macam dalam gambar di bawah...


Menjadikan kesemuanya sebanyak 75 bungkus...


Macam belajar kira-kira plak kn? hehe..apapun terima kasih diucapkan kepada Cikgu Izzah di atas tempahan anda.. :)
..

FRUIT TART..

Fruit tart ni saja je buat untuk makan..kebetulan ada lebihan buah..dibawa skit ke pejabat..rezeki mereka.. :)

Buah-buahan yang digunakan adalah strawberry, kiwi dan anggur...

Fruit tart dari dekat..


CHEESE TART UNTUK CIK ASIAH...

Cheese Tart yang ditempah oleh Cik Asiah, kawan mak...


Terima kasih untuk tempahan...

CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE WITH EDIBLE IMAGE..

Tempahan dari Puan Wardah, rakan sepejabat saya..Chocolate Cheese Moist Cake with edible image...


Terima kasih untuk tempahan..

REPEAT ORDER DARI CIKGU IZZAH...

Dalam masa 3 hari, Cikgu Izzah repeat order lagi..

50 pcs Apom Lady Bird & 70 pcs Cheese Tart (dibahagikan kepada 2 bekas seperti permintaan)

Terima kasih untuk tempahan..

TEMPAHAN DARI CIKGU IZZAH..

Tempahan dari Cikgu Izzah, regular customer..Kali ni Cikgu Izzah tempah 100 biji  Apom Lady Bird dan 50 biji Cheese Tart bersaiz 4.5cm...



Terima kasih untuk tempahan..Berminat boleh hubungi saya untuk tempahan...

RED VELVET CAKE...

Red Velvet Cake ni saja yang buat untuk makan-makan.. Inilah rupanya..


Perbezaan warna ni sebab cahaya yer masa tangkap gambar ni. :) Warna betul macam kat warna kat bawah ni..



Mak ada bagi pada kawan-kawannya sebab ada banyak lebih..Kat rumah da mak ayah je dan mereka memang tak makan kek..nak saya habiskan sorang-sorang..tak larat den..so bagi la kawan-kawan mak merasa..positif feedback..kawan-kawan mak cakap sedap dan ada yang tanya jual berapa..Alhamdulillah orang suka, boleh buat lagi kan..jangan buat syok sendiri je..hehe 


TEMPAHAN LAPIS CHEEZY...

Lapis Cheezy yang saya buat tempohari saya berikan kepada rakan-rakan sepejabat untuk rasa..masing-masing menyukainya mengatakan ianya sedap dan terus minta untuk ditempah..

10 bekas untuk Kak Hajar, Kak Yanie, Dalilah dan Wardah..

5 bekas masih beebaki dan saya buka untuk order..4 dibeli oleh my staff, Hidayah dan 1 lagi saya yang makan..tak tahan nengoknya..hehe..


Terima ksih untuk tempahan dan belian..Saya jual ye.. :)

CUPCAKES UNTUK HANTARAN..

Tempahan berikutnya dari rakan sepejabat, Puan Wardah.. Kali ni Puan Wardah tempah cupcakes untuk dibuat hantaran pertunangan.. Esok nak buat hantaran, hari ni baru buat tempahan..Saya ambil juga sebab tempahan dari kawan sepejabat..

Inilah rupanya 16pcs cupcakes coklat untuk hantaran..


Zoom dari dekat...

Tema warna untuk pertunangan tersebut adalah warna gold..jadi saya ikatkan riben berwarna gold..

Selamat bertunang yer..Terima kasih Puan Wardah untuk tempahan..Selepas majlis tersebut saya dapat feedback dari Puan Wardah di FB..saya kongsikan bersama anda..


Sekiannn...


LAPIS CHEEZY...

Nurairy Bakery perkenalkan produk baru iaitu Lapis Cheezy..



Enak tak terkata..yummy, yummy..huhu...

APOM GEDEBAB..

Setelah Kak Ina tempah apom tahun lepas, keluarganya amat suka dan berminat untuk menempah untuk Majlis Perkahwinan adiknya.. Tapi Kak Ina minta apom bersaiz cupcakes, bukan kiut mkiut seperti selalu...

Apom gedebab ni seperti ini...


So saya siapkan tempahan untuk Kak Ina seperti gambar dibawah...


Terima kasih untuk tempahan...

APOM PALKADOT..

Tempahan dari my staff masa kerja di SSI dulu, Ekin dan Fina untuk bukaan tahun 2013..

150 pcs Apom Palkadot..

Terima kasih untuk tempahan..Berminat bolehlah hubungi saya untuk tempahan...

TEMPAHAN SEPTEMBER - DISEMBER 2012...

Tempahan dari bulan September hingga Disember 2012 juga saya tak sempat nak snap gambar..apapun saya update je tanpa gambar ye..

Tempahan dari Fina, my staff..50 pcs Apom Angry Bird...

Tempahan dari Ayu dan Dilla dari USM... 100pcs  Angry Bird dan Lady Bird (50 pcs setiap design), 100pcs Apom Palkadot, 100 pcs Apom Angry Bird/Lady Bird/Bees (25 pcs design Bees, 25 pcs design Lady Bird & 50 pcs Apom Angry Bird) dan 50 pcs Apom Palkadot bertemakan warna purple pink dan turquoise pink)

Tempahan dari Kak Ina, kawan mak..terpikat ketika pertama kali merasa waktu datang ke rumah mak...Kak ina order 100 pcs Apom Lady Bird/Angry Bird /Strawberry /Bees...

Seterusnya, tempahan dari sepupu saya, Hafiza.. 50 pcs Apom Lady Bird dan 50 pcs Apom Strawberry..

Tempahan berikutnya dari rakan sekerja, Dalilah.. Dalilah tempah 30 pcs Chocolate Tart bersaiz 4cm dan 50 pcs Apom Palkadot..

Terima kasih semua untuk tempahan...



TEMPAHAN UNTUK RUMAH TERBUKA HARI RAYA...

SUK Penang memang meriah kalau buat rumah terbuka..YB Dato' Farizan, Setiausaha Kerajaan telah mengadakan rumah terbuka di Dewan Sri Penang dan setiap jabatan dikehendaki memberi 'potluck'..so SSI & CMI berpakat memberi Apom Palkadot dan seperti biasa mereka menempah daripada saya..

150 pcs Apom Palkadot..

Terima kasih untuk tempahan... :)

TEMPAHAN HARI RAYA...

Untuk tempahan hari raya, sayangnya saya tidak sempat untik snap gambar..apepun saya catatkan apa yang ditempah oleh customer..

Saya tak ambil banyak sangat tempahan untuk raya sebab saya takut tak dapat siapkan tempahan customer..al maklumlah saya bekerja dan dalam masa yang sama ambil tempahan dari customer..tak terkejar dibuatnya..kalo ada pembantu lain la kan? Saya nak buat semua..nak pengsan jugak dibuatnya..haha

Tempahan dari kakak sulung saya..mungkin banyak orang yang order darinya..semua di'pack' 50 pcs dengan corak dan filling yang dipinta oleh customer..saya ringkaskan je ye..50 pcs Apom Lady Bird, 100pcs Apom Strawberry dan 100pcs Apom Angry Bird..

Tempahan seterusnya dari Kak Normi, my regular customer...7 biji Carrot Cake telah ditempah oleh Kak Normi..

Terima kasih untuk tempahan anda semua.. :)

REPEAT ORDER LAGI..

Setiap minggu bulan Julai 2012, kakak sulungku akan order apom..Sebenarnya order dari kawan-kawan kilangnya.. :)

Kali ni ordernya adalah...

50 pcs Apom Angry Bird..

50 pcs Apom Strawberry..

Terima kasih dengan tempahan di atas.. :)


APOM LAGI...

Minggu ni kakak sulung order lagi apom..memang popular apom ni..gebu dan sedap..tak percaye? Anda boleh mencubanya..

50 pcs Apom Angry Bird...

50 pcs Apom Lady Bird..

Terima kasih untuk tempahan...Boleh hubungi saya untuk tempahan.. :)

APOM LADY BIRD...

Seminggu selepas itu, kakak sulung tempah lagi..50 biji Apom Lady Bird...


Terima kasih untuk tempahan..

APOM STRAWBERRY...

Tempahan dari kakak sulung sebanyak 130 biji Apom Strawberry...


Terima kasih untuk tempahan... :)

Friday 26 April 2013

APOM OH APOM...

Saya sendiri lupa siapakah yang menempah apom ini..ni la padahnya lupa nak catit..sory yer pada yg menempah..apapun terima kasih untuk tempahan yer... :)



TEMPAHAN DARI KAK ISMA...

Banyak tempahan dari Kak Isma kali ni...

100 pcs Egg Tart..50 pcs setiap satu bekas...

50 pcs Apom Lady Bird dan 150 pcs Apom Angry Bird..Actually ada 4 bekas kesemuanya tapi sebab saya snap gambar dari atas, nampak macam 2 bekas je..kalo anda perasan da sticker putih di penjuru bekas ni..saya catitkan perasa yang diminta oleh customer... :)


Akhirnya adalah sebiji Chocolate Moist Cake with Edible Image...

Terima kasih untuk tempahan..Berminat bolehlah hubungi saya untuk tempahan...

VANILLA & CHOCOLATE MUFFIN

Tempahan ni dari Kak Hajar, rakan sepejabat saya..


Terima kasih untuk tempahan... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...