Monday 2 September 2013

TEMPAHAN DARI DALILAH...

Tempahan berikutnya dari bekas rakan sekerja saya jugak, Dalilah... Dalilah tempah dari saya selepas puasa sebab boleh makan terus katanya... Dalilah order 7 bekas Lapis Cheezy dan 50 pcs Apom Palkadot... Saya tak sempat nak snap gambar untuk tempahan ni memandangkan saya berkejar untuk balik ke Selangor...

Tempahan dari customer dari Johor yang inginkan 400pcs Kulit Tart terpaksa saya tolak dengan cara baik.. Maaf diucapkan kepada beliau dan juga beberapa customer yang saya terpaksa tolak.. Saya sebenarnya dalam kursus selama 6 bulan... Saya berada di Terengganu dan juga Johor sehingga 8.11.2013... Saya dapat penuhi tempahan ni pun sebab sedang bercuti.. Maaf sekali lagi sebab tak dapat penuhi permintaan disebabkan kekangan masa... Harap anda semua faham..

Insyaallah selepas 8.11.2013, Nurairy Bakery akan mengeluarkan pelbagai jenis kek terutamanya untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.. Insyaallah... :) 

TEMPAHAN HARI RAYA...

Tempahan dari bekas rakan sekerja, Shikin... Macam lipas kudung siapkan tempahan Shikin ni... Baru je sampai Penang, dah kena siapkan tempahan.. Mahu tak kelam kabut.. Alhamdulillah dibantu oleh suami dan mak..Terima kasih sebab sudi menolong saya.. Kalo tidak jenuh jugak nak siapkan seorang diri dalam masa yang singkat...

Shikin order 100 biji Cheese Tart dan 150 biji Apom Palkadot...



Terima kasih untuk tempahan..:)

KUIH RAYA OH KUIH RAYA...

Tempahan berikutnya adalah dari mak mertua dan adik ipar.. Tahun ini sebenarnya saya tidak membuka order untuk sesiapa pun.. Al-maklumlah berada di perantauan.. :) Tp last minute order, saya penuhi permintaan jugak.. Tempahan pertama adalah kuih raya dr mak mertua dan adik ipar iaitu 50 biji Tart Nenas dan 200 biji Almond London...

50 biji Tart Nenas siap...

Baru siap 50 biji Almond London...

dan akhirnya.... jeng jeng jeng...berjaya juga siapkan 200 biji Almond London... :)

TESTI DARI CUSTOMER...

Saya kongsikan testi dari Puan Wardah.. Saya terpaksa tolak permintaannya sebanyak 2 kali sebab saya sekarang berada di Terengganu.. Jadi tak dapat buat kek untuk birthday anak dan suaminya.. Maaf sangat2 ye wardah...

Gambar di bawah adalah tempahan Puan Wardah yang terdahulu... :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...