Thursday, 24 October 2013

CUPCAKES HANTARAN...

Lagi-lagi cupcakes...hehe...demam cupcakes la katakan..Cupcakes ni dibuat sempena Majlis Pertunangan sepupu, Norhazira Abdul Wahab...bertemakan warna biru laut dan hitam...

Tahniah diucapkan kepada ziera dan tunangnya, faizul...


 Sempat lagi tangkap gambar sebagai kenang-kenangan...Nak kata makan kek setiap hari, tak pun tapi semakin berisi saya...hehe..Senang hatilah katakan...


Saya kongsikan bersama komen dari Ziera dan kawan-kawannya...

Untuk tempahan, bolehlah hubungi saya... :)

BUTTERCREAM CUPCAKES...

Demam cupcakes pulak..Sebelum ni asyik bercerita dengan kek..Hari ni kita bercerita plak pasal cupcakes...16pcs Buttercream Cupcakes...



 Yang penting nama tu...betul x? Hehe....

Untuk tempahan, boleh SMS/Call/Email/FB saya... :)

CUPCAKES HANTARAN...

Nurairy Bakery juga menerima tempahan untuk Cupcakes Hantaran...Jom meriahkan majlis pertunangan or perkahwinan anda dengan menempah cupcakes dari Nurairy Bakery...

Cupcakes ni sesuai untuk dibawa oleh rombongan lelaki...Pastinya sangat comel untuk dipersembahkan semasa majlis penuh bersejarah bagi bakal pengantin / pengantin baru..Bagi sesiapa yang ingin memberi hadiah kepada bakal pengantin / pengantin baru, inilah hadiah yang bersesuaian...Anda pasti bangga membawanya sebagai hadiah anda..

Bagi majlis pertunangan mahupun perkahwinan, cincin adalah perkara utama yang diberi perhatian kerana dengan cincin menunjukkan anda sudah berpunya bagi wanita...Jadi saya fokuskan cincin untuk santapan mata anda..


Berminat boleh hubungi saya untuk tempahan... :)



TEMPAHAN DARI KAK NANI...

Saya terima tempahan Kak Nani...Tak sampai hati nak menolak memandangkan saya telah menolak tempahannya sekali disebabkan berkursus..Maaf untuk perkara yang tidak dapat dielakkan..Kebetulan saya balik dari kursus seketika, jadi saya isi masa lapang dengan terima tempahan dari Kak Nani...

Kak Nani tempah 200pcs Kulit Tart bersaiz 4cm sebagai permulaan untuk mencuba membuat tart... :)

Tangkap gambar sebelum delivery to Kelana Jaya... :)

Keesokkan harinya, saya terima sms daripada Kak Nani...Jom lihat SMS Kak Nani...


Terima kasih Kak Nani untuk tempahan...Bagi yang ingin mencuba untuk membuat tart untuk berniaga or makan-makan tapi tak ada masa yang lama untuk membuat Kulit Tart...Jom hubungi saya untuk tempahan... :)


STEAMBUTTERCREAM CAKE...

Masih lagi bertemakan kek ye..Kali ni Kek Steambuttercream 2 tier..Sesuai untuk majlis perkahwinan...:)

Kek yang digunakan adalah Kek Butter ye..Dihiasi dengan bunga ros dan manik...Simple dan cantik.. :)


 Lagi manis jika dihiasi dengan cupcakes macam gambar dibawah...so nice!!

Berminat untuk tempahan, bolehlah hubungi saya...Kalo tak nak kol, SMS pun boleh.. :) Untuk lebih mudah PM jer saya :)

HAPPY BELATED BIRTHDAY INA...

Minggu kek sedunia...hehe...kenapa minggu kek sedunia? sebab anda akan lihat deretan post saya pasal kek sahaja...dan satu lagi kalau anda perasan yang tema kek kali ni semuanya tema pink..kebetulan kot ye...

Kek yang seterusnya ni kek untuk adik ipar saya, Ina...Maaf la yer birthday dlu baru kek..hehe...Al-maklum la dalam kursus, tak dapat buat kek on-time...


SELAMAT BERTUNANG...

Saya telah siapkan 2 biji kek Selamat Bertunang...Jom lihat..

.Yang pertama... :)

dan yang kedua...

Berminat boleh call/sms/emel/FB saya... :)

Wednesday, 23 October 2013

INGIN TEMPAH LAGI...

Pada 29 Ogos 2013, saya terima sms dari Afifah...Afifah ni customer saya dari Penang..Nak tahu sms apa yang saya terima? Nah, saya kongsikan dengan anda...


Memandangkan saya sedang mengikuti Kursus Bakeri, maka saya memaklumkan kepada beliau yang saya akan balik Penang pada bulan November 2013. Saya bertanyakan kenapa, rupa-rupanya....


Afifah nak tempah kek rupanya...Saya memaklumkan kepada beliau yang saya akan tamat kursus pada bulan November 2013 dan selepas itu baru saya dapat balik ke Penang..Maaf banyak-banyak yer Afifah tak dapat terima tempahan awal... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...