Monday 19 September 2011

LAGI LAGI APOM PALKADOT

Pada 14 September 2011, saya terima tempahan dari Kak Hani, Teluk Kumbar...Kak Hani order sebanyak 100 biji dan minta filling campur-campur...Saya buatkan 5 jenis filling untuk Kak Hani (Blueberry, Strawberry, Kiwi, Oren dan Lemon) dan 8 jenis adunan warna khas untuk Kak Hani...

Seperti biasa saya akan snap gambar sebelum hantar kepada Kak Hani di USM pada 18 September 2011...


Bekas pertama


Bekas kedua


Daaa...dah siap untuk dihantar...Terima kasih ye Kak Hani untuk tempahan...


Berminat boleh SMS/Email/FB saya ye... :-)

Friday 16 September 2011

CHOC MOIST CAKE

Choc Moist Cake ni saya buat disebabkan program dan aktiviti di tempat kerja...Jadi selepas program dan aktiviti diadakan sedikit jamuan ringan disamping kita masih dalam bulan Syawal ni... :-)


Kelihatan seperti cerminkan kek ni? Cuba anda perhatikan kek ni...langsir rumah saya ada di permukaan Choc Moist Cake ni semasa saya snap gambar... :)

Bagi yg berminat, bolehlah SMS/Email/FB saya...

APOM PALKADOT UNTUK PUAN AISHAH...

Saya terima tempahan dari Puan Aishah untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada 11 September 2011...Katanya untuk tambahkan lagi kuih muih yg sedia ada...Saya sempatkan gambar Apom Palkadot yg dibuat khas untuknya sebelum dihantar kepadanya... :-)


Berminat boleh SMS/Email/FB saya... :-)

AGEN APOM PALKADOT

Kali ni saya buat Apom Palkadot untuk diletakkan di kedai-kedai...First time untuk melihat pasaran Apom Palkadot jadi hanya diletakkan di 2 tempat sahaja...Alhamdulillah Apom Palkadot mendapat sambutan yg baik..Agen-agen ini mempunyai cara menjual yg berlainan jadi cara pembungkusan saya pun berlainan... ;)



Ni yang pertama...


dan yg ni yg kedua...


Bagi yg berminat untuk menjadi agen Apom Palkadot...anda dialukan untuk SMS/Email/FB saya untuk berbincang dengan lebih lanjut :)

Thursday 15 September 2011

TEMPAHAN KHAS HARI RAYA...

Customer dah selamat dapat  tapi saya baru sempat post kat blog...Tempahan khas hari raya adalah sebanyak 7 kilo Mini Popia, 2 kilo Popia Nestum dan 4 paket percubaan Serunding...Saya perincikan tempahan customer...

Puan Aishah tempah sebanyak 3 kilo Mini Popia dan 4 paket percubaan Serunding


Cik Asiah  dan Puan Aida tempah sebanyak 1 kilo Mini Popia


Seterusnya Puan As dan  En. Suhairy tempah 1 kilo Mini Popia dan 1/2 kilo Popia Nestum 



Terima kasih untuk tempahan anda...Mini Popia, Popia Nestum dan Serunding juga diterima pada hari kebiasan, maksud saya selain hari perayaan...Bagi yg berminat, boleh SMS/Email/FB saya untuk tempahan... :-)

CHOCO FLAKES

Hari terakhir berpuasa, saya berjuang untuk menyiapkan satu lagi kuih raya yg lazimnya sangat digemari oleh kanak-kanak...Tak lain tak bukan Choco Flakes...Choco Flakes ini bukan hanya terdiri dari Corn Flakes tapi ianya juga terdiri dari Bubble Rice...Menjadikan Choco Flakes ini rasa seperti kekacang...Ianya turut dihiasi oleh kismis dan colour rice...jom lihat rupanya...tadaaaa...


Saya zoom untuk anda lihat dengan lebih jelas... :-)


CHEESE TART

Orang lain bergelut untuk cantikkan rumah untuk menyambut Syawal, tanda kemenangan sempena sebulan berpuasa tapi saya sibuk membuat kuih raya...hihi...Pada 28 Ogos 2011, hanya tinggal sehari lagi untuk berpuasa, saya berusaha menyiapkan Cheese Tart.. :-)


Inilah rupa Cheese Tart (Saiz 4cm)...Saya zoom dengan lebih dekat untuk anda lihat rupanya...


Mesti ada yg nak tengok macam mana rupanya apabila dibelah dua kan...rupanye seperti dibawah..saya gunakan filling perisa Strawberry..



Saya siapkan 50 biji Cheese Tart yg ditempah oleh Puan As... Saya sempat snapkan gambar (gambar dibawah) sebelum dihantar kepada Puan As...


Berminat boleh email/SMS/FB saya... :-)

ALMOND LONDON UNTUK RAYA...

Di saat akhir sebelum menyambut Syawal iaitu pada 27 Ogos 2011, saya sempat lagi membuat Almond London, kuih raya yg boleh dikatakan wajib bagi setiap rumahkan? Saya berjaya siapkan sebanyak 160++ untuk satu adunan yg sebahagiannya untuk Puan Aida dan Puan Aishah...Daaa...Almond London untuk anda... :)




Almond London yg siap di 'packing' untuk Puan Aida dan Puan Aishah... :)



KULIT TART

Pada 10 Ogos 2011, saya terima tempahan dari Kak Fauziyah dari Kuala Ketil, Kedah...Jauh customer saya kali ni..Kak Fauziyah order sebanyak 1000 kulit mini tart (saiz 4cm)...Saiz yang sangat comel...Pada 13 Ogos 2011, Kak Fauziyah menambah sebanyak 500 biji lagi menjadikan keseluruhannya 1500 biji kulit mini tart..Agak kalut juga saya dibuatnya kerana kesemuaanya perlu disiapkan pada 16 Ogos 2011...Alhamdulillah, saya berjaya siapkan tepat pada masanya... :)


Gambar ni saya snap sebaik saje kulit tart dikeluarkan dari oven...masih panas lagi ni... :)


Kulit tart yg comel ni disusun dalam bekas kedap udara supaya ianya tahan lama...Kalo simpan dalam bekas kedap udara boleh bertahan selama 2 bulan...lama kn? :)


Siap 1500 biji kulit mini tart (saiz 4cm) untuk Kak Fauziyah...Terima kasih untuk tempahan...


Bagi yg berminat, boleh hubungi saya untuk tempahan... Saya uploadkan contact no. saya...SMS pun saya terima yer... :)

VANILLA CUPCAKES

Cupcakes memang sedap untuk di makan...Yang ni pun sama juga... Sepatutnya dah lama saya post tapi tak sempat sebab busy dengan tempahan...Saya buat cupcakes ni just suka-suka...untuk makan saje...Cupcakes ni bertemakan warna pink dan merah...16 biji cupcakes siap untuk anda...




Gambar dibawah adalah gambar yang dihiasi dengan rosett dan juga hiasan bg mencantikkan cupcakes ni...Hiasan berbentuk bintang dan juga hati...Pink Vanilla Cupcakes untuk anda... :)


Saya zoomkan untuk tatapan anda...


Bagi yang berminat boleh hubungi saya untuk tempahan...SMS pun diterima yer... :) 

PUDING KARAMEL

Actually dah buat lama dah tapi tak sempat nak post kat blog ni...Pada 6 Ogos 2011, saya sempat buat Puding Karamel untuk juadah berbuka...Saya pamerkan gambar yg sempat saya snap sebelum menjamu selera...yummy yummy...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...